Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

E3 2018: Unravel Two Diumum Dan Didatangkan Dengan Fungsi Co-Op

8

EA mengumumkan dua permainan indie mereka dibawah label EA Originals kali ini pada sidang media EA Play pagi tadi. Salah satunya adalah sekuel kepada siri Unravel. Didalam Unravel Two, dua Yarnys akan bekerjasama untuk menghadapi pelbagai harungan dan cabaran.

Dua karakter, maka pemain boleh juga mempunyai pilihan untuk bermain secara Co-op atau solo.

Jom lihat video trailer dibawah:

Menariknya, pihak pemaju mengumumkan permainan Unravel Two sudahpun mula dijual untuk PS4 (Dengan harga RM74 di PS Store Asia), PC dan Xbox One.