Acara EA Play telahpun melabuh tirai, pelbagai permainan dan berita baharu diumum namun satu ura-ura menarik diacah oleh EA melalui akaun Twitter rasmi Need For Speed.
Mengikut dari status diatas, EA memuat naik video yang memainkan lagu yang sering didengari pabila Need For Speed: Underground dimainkan. Namun acahan ini lebih rumit atas sebab logo NFS Heat diletakkan sekaligus membawa lebih banyak spekulasi baharu, antaranya adalah misi atau tema NFS: Underground didalam permainan NFS Heat.
Walaubagaimanapun, spekulasi tersebut mendapat maklum balas yang membawakan kerumitan ke tahap lebih tinggi.
Sama ada penafian diatas adalah sengaja atau serius, kita semua masih tidak tahu jawapannya dan setakat ini tiada maklumat rasmi diumum oleh pihak EA.