fbpx

EA Mungkin Melancarkan Mass Effect Trilogy Didalam Bentuk Remaster Oktober Ini

Mass Effect Trilogy, gabungan tiga episod permainan terkenal ini bakal hadir pada Oktober ini didalam bentuk remaster. Ura-ura ini telahpun berada sekian lama dan permintaan untuk realisasikan membawakan trilogi ini ke konsol generasi kini semakin meningkat.

Kini peminat menerima berita baik, kerana syarikat penerbitnya, EA mengesahkan untuk menerbit trilogi tersebut didalam bentuk remaster pada Oktober tahun ini.

Ini adalah mengikut dari wartawan GamesBeat, Jeff Grubb melalui podcast beliau mengenai kesahihan rancangan EA tersebut. Mengikut dari kenyataan beliau, ianya adalah benar dengan bukti yang cukup, namun tarikh pelancaran berkemungkinan ditunda atas sebab situasi pandemik sekarang.

Mass Effect Trilogy adalah gabungan permainan Mass Effect siri ke-1 sehingga ke-3 yang pernah dilancarkan untuk platform PS3 dan PC sebelum ini.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -