fbpx

EA, Ubisoft dan Take-Two Amat Positif Dengan PS4 Neo dan Xbox Project Scorpio

Pelbagai berita dan khabar angin dibuat untuk konsol akan datang dari Sony dan Microsoft dari orang ramai. PlayStation 4 Neo dan Project Scorpio (Xbox) adalah sebuah konsol yang diperkatakan lebih berkuasa dengan reka bentuk serba baharu akan diperkenalkan tidak lama lagi.

EA (Electonic Arts), Ubisoft dan juga Take-Two adalah tiga syarikat pengeluar game yang terbesar di dunia menyatakan bahawa mereka amat positif denga pengeluaran konsol yang lebih berkuasa iaitu Neo dan Scorpio.

“Saya melihat evolusi konsol ini amatlah positif dari startegi bisnes, industri dan juga EA secara khususnya,” kata Laura Miele, dari EA Global Publishing.

Ketua EMEA dari Ubisoft, Alain Corre juga memberi pujian terhadap kedua konsol ini yang tiada impak atau isu yang memecah belahkan gamers. Ini adalah kerana Neo dan Scorpio masing-masing masih lagi akan berkongsikan koleksi game yang sama dari konsol lama mereka.

 

Manakala Bos Take-Two, Strauss Zelnick memberi kenyataan, “Sudah semestinya konsol yang lebih berkuasa memberikan peluang kepada kami untuk menambahbaikan game kami. Ianya tidak akan memberi apa-apa impak untuk kami menukarkan aktivit kami sedia ada, kami sudah punyai produk yang terbaik dipasara dan kami perlu menekankan teknologi sehingga ke tahap yang maksima.”

Setakat ini tiada maklumat rasmi mengenai tarikh pasaran untuk PlayStation 4 Neo dan Project Scorpio.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -