Bersempena dengan siri pengembaraan terakhir Nathan Drake oleh Naughty Dog, hari ini Sony mengumumkan konsol edisi terhad PlayStation 4 versi Uncharted 4 yang akan berada dipasaran April ini.
Edisi terhad ini menampilkan dengan warna yang seakan biru-kelabu, beserta dengan beberapa sentuhan warna emas seperti logo PlayStation, logo Uncharted dan juga tulisan “SIR PARVIS MAGNA”, sebuah perkataan Bahasa Latin yang diukir pada cincin Drake yang bermaksud “Kehebatan dari permulaan yang kecil”.

Beberapa aksesori yang bertemakan Uncharted 4 juga diumumkan. Aksesori seperti Dualshock dan juga headphone tanpa wayar akan dijual dipasaran kelak.
Artikel Berkaitan: Jawapan tentang penundaan Uncharted 4


Untuk pasaran Amerika Syarikat dan Eropah telahpun mula dijual secara pre-order dengan jenis kapasiti 500GB dan 1TB, manakala untuk Asia (Malaysia), masih lagi tiada maklumat buat masa kini.

