Peminat Star Wars pasti akan gatal tangan untuk mendapat unit ini selepas Sony mengumumkan edisi terhad PS4 veris Darth Vader pada Ekspo D23 sebentar tadi.
Edisi terhad ini menunjukkan beberapa kelainan seperti grafik darth vader pada platform PS4 itu sendiri dengan grafik pada alat kawalan Dualshock 4 yang unik.
Edisi terhad ini akan didatangkan dengan game Star Wars Battlefront dan Disney Infinity 3.0. Setakat ini ianya akan dipasarkan untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja, tiada berita untuk pasaran dunia khususnya di Malaysia buat masa ini.