Selepas perolehan Microsoft terhadap Zenimax Media, syarikat induk yang memiliki francais pelbagai permainan seperti Fallout, Doom, dan juga Elder Scrolls, banyak spekulasi sama ada permainan-permainan ini bakal menjadi eksklusif Xbox atau hanya untuk memanfaatkan langganan Xbox Game Pass semata.
Persoalan itu mungkin terjawab apabila Phil Spencer, Ketua Divisyen Xbox membuat kenyataan dimana permainan Elder Scrolls 6 berkemungkinan bakal menjadi permainan eksklusif Xbox Series X|S dan PC. Ini mengikut dari temuramah beliau bersama Kotaku semalam.
Jikalau keputusan ini adalah benar, maka permainan yang dinanti ramai ini mungkin tidak akan hadir ke konsol PS5.
Selepas perolehan yang berjumlah $7.5 bilion USD itu, ianya direkodkan salah satu perolehan terbesar didalam industri permainan video. Maka, tidak heran Microsoft ingin mengambil arah tujuan untuk memanfaatkan ekosistem mereka.
Sumber: Kotaku, melalui GamesRadar.