Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

Expansion Cities: Skylines Baharu Akan Datang

0

Cities: Skylines adalah sebuah game simulator pembinaan bandar yang seakan game dari francais yang popular daripada Maxis, SimCity.

Game ini telah dilancarkan pada Mac yang lepas dengan rekod antara statistik jualan tertinggi didalam pelayar Steam.

Kini, pembina game tersebut, Colossal Order mengumumkan expansion pertama untuk game ini yang memperkenalkan sistem kitaran siang ke malam.

Bernama sebagai After Dark, expansion ini akan diberikan secara percuma kepada pemain beserta dengan kemaskini akan datang. Dengan suasana malam, ianya bukan sahaja hanya paparan sahaja, namun suasana bandar yang semestinya mengikuti kehidupan sebenar seperti pengurangan trafik, kesibukan di pusat komersial dan juga siri bangunan baharu untuk keserasian dengan waktu malam.

Selain dari itu, pelbagai servis untuk bandar juga diberikan, seperti teksi untuk penduduk dan pelancong, penjara untuk penjenayah, lapangan terbang antarabangsa dan juga terminal bas. Laluan motorsikal dan bas juga akan diberikan.