Expansion Pertama Witcher 3: Wild Hunt Oktober Ini

Expansion pertama untuk game The Witcher 3: Wild Hunt bernama “Hearts of Stone” akan dilancarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC pada 13hb Oktober ini berdasarkan dari pengumuman oleh CD Projekt RED, selaku pihak pembina game ini.

Expansion ini akan berada dipasaran didalam bentuk digital dan juga fizikal. Namun, stok adalah terhad untuk versi fizikal dengan tag harga USD$19.99.

Hearts of Stone akan membawakan pengalaman kepada pemain sehingga 10 jam tambahan, termasuk dengan karakter baharu, musuh yang kuat, set adegan romantik, dan jalan cerita yang baharu.

Berikut adalah video teaser untuk expansion ini:

About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Comments
Leave a response

Komen