Expansion World of Warcraft Baharu, Legion Kini Di Pasaran

Expansion ke enam oleh Blizzard untuk siri game World of Warcraft yang bernama Legion kini telah berada dipasaran. Melalui kenyataan media Blizzard, pelbagai penambahbaikan dan kandungan akan diberikan untuk expansion baharu ini.

Mengikut dari artikel kami sebelum ini, kandungan seperti kelas hero baharu dan senjata artifak baharu yang memberi kelainan kepada kenaikan tahap karakter pemain sekaligus akan memberi impak penglaman bermain serba baharu untuk World of Warcraft.

Berikut adalah beberapa kandungan baharu dari siri Legion ini:

  • Kelas Hero Baharu: Demon Hunter
  • Kawasan Baharu: The Broken Isles
  • Senjata Artifak serba baharu
  • Peningkatan tahap pemain kepada Tahap 100
  • Order Halls, tempat pertemuan bersama pemain lain
  • Sistem PvP baharu
  • Pelbagai misi baharu

Baca: Pandang Pertama, World of Warcraft: Legion (English Article)

World of Warcraft: Legion dijual pada harga USD 49.99 (Anggaran, RM204) untuk Edisi Biasa, manakala USD69.99 (Anggaran, RM285) untuk Edisi Deluxe.

About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Comments
Leave a response

Komen