Kebiasaan kita dengari aplikasi Twitch dan YouTube untuk video penstriman khususnya didalam kategori permainan video. Facebook akhirnya melancarkan aplikasi khas yang akan membawa persaingan didalam industri ini.
Facebook Gaming, bermula pada tahun 2018, yang selama ini bergantung kepada aplikasi natif Facebook, kini mempunyai aplikasi khas, dedikasi untuk menonton strim mahupun memulakan strim secara terus dari peranti mudah alih.
Pendekatan ini ternyata menarik kerana kita dapat melihat sebahagian besar streamer dari Malaysia menggunakan Facebook berbanding dengan Youtube mahupun Twitch.
Aplikasi Facebook Gaming kini boleh dimuat turun di Google Play Store, manakala untuk iOS ianya akan hadir tidak lama lagi.