Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

- Iklan -

Fallout 76 Tidak Akan Dijual Melalui Platform Steam Semasa Pelancaran

34

Kalian semua mungkin sudah mengetahui bahawa ketiadaan halaman Fallout 76 didalam platform Steam, ini kerana ianya tidak akan dijual melalui platform tersebut pada masa pelancaran. Ini telahpun disahkan melalui PC Gamer bahawa Bethesda bukan sahaja membuat B.E.T.A (Break-It-Early Test Applicaion) hanya didalam platform Besthesda Launcher, malah permainan penuh itu sendiri.

Ini bukanlah kali pertama dari Bethesda, malah permainan seperti Quake Champions dan Fallout Shelter juga salah satu senarai yang mendapat teknik yang sama. Namun ianya bukanlah tidak akan dijual selama-lamanya didalam Steam, ianya hanya akan dijual beberapa minggu atau bulan selepas pelancaran secara eksklusif didalam platform mereka sendiri.

Tambahan, pemain beta Fallout 76 boleh membawa perjalanan mereka kepada permainan versi penuh kelak.

Fallout 76 akan mula dipasarkan pada 14hb November nanti untuk PS4, PC dan Xbox One.

Sumber: PC Gamer

Artikel Asal: Gamer Matters