fbpx

Far Cry 5 Boleh Dimainkan Secara Percuma Hujung Minggu Ini (PC)

Berita baik untuk pengguna PC, kerana Ubisoft menawarkan Far Cry 5 boleh dimainkan secara percuma pada hujung minggu ini beserta dengan tawaran diskaun besar untuk pembelian.

Tawaran permainan percuma ini bermula pada 29hb Mei, 9 malam sehingga 1hb Jun, 4 pagi. Anda boleh tuntut melalui laman web Ubisoft disini dan boleh mula muat turun mulai sekarang.

Bagi sesiapa yang berminat untuk membeli permainan Far Cry 5, Ubisoft juga menawarkan diskaun besar sehingga 75%. Untuk Standard Edition, Far Cry 5 dijual pada harga RM52.25, manakala RM78.75 untuk Gold Edition.

Untuk Gold Edition ianya dipakejkan sekali dengan Season Pass yang membawakan pengalaman permainan tambahan dengan 3 DLC bersama Far Cry 3 dan kandungan tambahan yang lain.

Untuk sesiapa yang ingin membeli, segala sesi permainan yang anda telah mainkan semasa hujung minggu ini akan dibawa ke permainan penuh.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -