Ubisoft kali ini mengumumkan permainan video Far Cry 5 dan The Crew 2 ditunda dari tarikh pasaran asal masing-masing.
Far Cary 5, yang asalnya berada dipasaran pada 27hb Februari akan ditunda selama sebulan kepada 27hb Mac 2018. Manakala The Crew 2 akan dibawa ke bulan April – September 2018 dari tarikh asal, Mac.
Mengikut dari kenyataan rasmi mereka dari kedua-dua penundaan ini, ianya mempunyai sebab yang sama, untuk “membawakan pengalaman yang puas kepada peminat dengan kualiti yang tinggi”.
Dengan penundaan bagi kami agak berbaloi atas kejayaan dari Assassin’s Creed Origins yang juga pernah ditunda beberapa hari untuk memberi masa bagi pihak pemaju.
Selain dari itu, satu lagi permainan video yang dirancang oleh Ubisoft juga terus mendapat berita yang sama. Permainan video yang tidak pernah dinamakan itu akan dibawa dari 2018-2019 ke tahun fiskal 2019-2020.
Sumber: Ubisoft
Artikel Asal: Gamer Matters