Artikel ini dipetik dari Semuanyabola.com, sebuah hasil nukilan sahabat kami, Mr. Mejah. Ikuti Facebook dan Twitter mereka untuk informasi kini dan fakta mengenai sukan bola sepak. Inginkan artikel di GamerMalaya? Hubungi kami di gamermalaya.my@gmail.com.


Lupakan semua benda yang anda tahu tentang permainan FIFA sebelum ini. Jika anda berniat untuk membeli FIFA 16, lupakannya juga. Ini kerana FIFA 17 bakal membuatkan anda terbeliak mata berbanding edisi-edisi sebelumnya!

Pada awal pagi semalam sewaktu umat Islam di Malaysia sedang bersahur, telah berlangsungnya E3 Conference yang melibatkan EA Sports. Dalam konferens ini, EA telah memberikan pembayang seterusnya mengenai projek FIFA 17 mereka.

Melalui trailer terbaru yang dilancarkan semalam, FIFA 17 bakal dilengkapi dengan mod jalan cerita (story mode).

Trailer mod jalan cerita berkenaan mengisahkan tentang perjalanan Alex Hunter, pemain muda England yang baru berusia 17 tahun dari Clapham, London.

FIFA17-Hunter-journey-4

Siapa Alex Hunter?

Alex Hunter, 17, pemain muda England yang juga merupakan cucu lagenda England, Jim Hunter.

Jim Hunter pernah menjaringkan 20 gol pada musim 1966/1967 (tidak diceritakan pula datuknya bermain untuk pasukan apa).

Sebagai pemain muda yang memikul reputasi lagenda datuknya, anda bertanggungjawab menentukan keputusan Alex Hunter di dalam dan di luar padang.

Ini bermakna dengan Alex Hunter sebagai avatar, anda boleh merasai kehidupan sebagai pemain muda bola sepak Premier League seperti:

1) bebas menentukan pasukan Premier League mana yang mahu anda masuk untuk memulakan karier. Anda akan diberikan target dan objektif untuk dicapai.

FIFA17-Hunter-journey-5

2) berjumpa dengan pengurus pasukan sebenar – Arsene Wenger, Jose Mourinho atau Pep Guardiola

3) berjumpa dengan ejen anda untuk mengurus gaji, kontrak, urusan pembelian rumah dan kereta anda

FIFA17-Hunter-journey

4) berjumpa dengan pemain sebenar di bilik persalinan

FIFA17-Hunter-journey-2

5) persembahan anda dinilai oleh pengurus dan diberi rating, Jika teruk rating anda, bersedialah untuk digugurkan ke bangku simpanan atau lebih teruk – ke skuad simpanan!

Setelah beraksi dalam sesebuah perlawanan, anda akan diberikan trait points untuk memperbaiki aspek teknikal, mental dan taktikal Alex Hunter.

Sebagai contoh, jika anda mahu Alex Hunter menjadi pemain laju, gunakantrait points anda untuk memperbaiki kelajuan beliau.

Jika anda mahu beliau menjadi the next Beckham, gunakan trait pointsuntuk memperbaiki crossing anda!

5) ditemu ramah wartawan selepas perlawanan. Salah pilih jawapan atau terlalu mengikut emosi, anda akan didenda oleh pengurus anda!

fifa17

Berbeza dengan mod ‘Be A Pro’, mod jalan cerita dalam FIFA 17 akan dikenali sebagai ‘The Journey’. The Journey bakal memberikan anda pengalaman yang lebih terperinci mengenai perjalanan hidup seorang pemain bola sepak professional.

Lebih realistik

Dengan enjin grafik baru iaitu Frostbite, FIFA 17 nyata serius untuk menjadikan permainan ini serealistik yang boleh. Anda boleh lihat betapa terperincinya grafik mod jalan cerita FIFA 17 berbanding edisi sebelum ini.

Untuk menambah keaslian mod jalan cerita FIFA 17, EA Sports turut mengundang bintang-bintang bola sepak sebenar seperti Harry Kane, James Rodriguez, Marcus Rashford, Anthony Martial, Marco Reus dan Delle Alli untuk merakam pergerakan pemain dan menilai keaslian jalan cerita The Journey.

EA SPORTS FIFA 17 Motion Capture session with Harry Kane. 28th September 2015. Picture by Mark Robinson.

Untuk pengetahuan anda, plot jalan cerita The Journey ini diatur oleh Tom Watt – penyokong tegar Arsenal, personaliti BBC dan penulis autobiografi David Beckham, My Side.

EA SPORTS FIFA 17 Motion Capture session with Harry Kane. 28th September 2015. Picture by Mark Robinson.

Pendapat kami

Setelah sekian lama menunggu mod jalan cerita untuk permainan FIFA, akhirnya hajat kami dan jutaan peminat FIFA yang lain tercapai juga apabila FIFA 17 dilancarkan kelak.

Sejujurnya, kami yakin pendekatan terbaru FIFA 17 ini tetap akan mendapat sambutan hangat biarpun beberapa FIFA gamers terkenal seperti KSI menyuarakan ketidakpuasan hati mereka dengan perubahan ini.

KSI

Walaupun ada gamers yang tidak menggemari mod tersebut, kami merasakan ia suatu penambahan baru yang wajib kita cuba sebelum mula mengkritiknya.

Tidak semua orang mampu merasai pengalaman bermain bola sepak di peringkat tertinggi. Jika The Journey mampu memberikan kita secalit pengalaman tersebut, ia amat berbaloi untuk dicuba.

Hanya satu kelemahan yang dapat kami kesan dalam mod jalan cerita ini – anda hanya boleh mewakili kelab dari Liga Perdana Inggeris sahaja.

Jadi, jika anda mahu merasai pengalaman bermain di kelab yang lebih kecil ataupun mahu merasai pengalaman bermain di Barcelona bersama Lionel Messi, anda mungkin perlu tunggu FIFA 18.

Tarikh pelancaran

Seperti yang kami maklumkan dalam artikel terdahulu kami, FIFA 17 bakal dilancarkan untuk konsol PC, Xbox One, Xbox 360, Playstation 4 dan Playstation 3. Ia sah akan dilancarkan pada 29 September 2016.

Bagi peminat-peminat FIFA, anda sudah boleh mula menyimpan duit (raya)!

About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Comments
Leave a response

Komen