Beberapa hari yang lepas, akaun sosial Twitter Square Enix Jepun memuat naik gambar figura Cindy yang kemungkinan akan dipasarkan melalui Play Kai Arts seperti koleksi figura mereka sebelum ini.
Mengikut dari gambar diatas, akaun rasmi Square Enix memuat naik gambar figura tersebut dengan kenyataan bahawa mereka tertiris gambar figura Cindy ini dan meminta peminat semua untuk tunggu dengan maklumat lanjut kelak.