Permainan klasik 80-an terkenal dari Konami, Contra akan hadir di pawagam pada tahun 2019 ini, namun hanya untuk pasaran negara China.
Mengikut dari ChinaFilmInsider, usulan filem ini telahpun diluluskan oleh Biro Filem negara China dan didalam jadual untuk memulakan projek perfileman mereka.
Mengikut dari kenyataan rasmi, ianya akan menceritakan tentang komando Bill dan Lance menuju ke pulau yang tak berpenghuni untuk menentang Red Falcon Organization selepas batu meteor menghempas pulau tersebut pada 29 tahun yang lepas.
Setakat ini tiada kenyataan rasmi dari Konami mengenai filem ini, dan sudah semestinya filem ini hanya terhad untuk pasaran China sahaja.
Sumber: China Film Insider