fbpx

Final Fantasy XV – Royal Edition Dan Versi PC Diumum

Edisi penuh untuk Final Fantasy XV baru sahaja diumum tadi. Edisi ini yang bernama Final Fantasy XV Royal Edition akan membawakan kandungan seperti permainan video itu sendiri, DLC dari Season Pass (termasuk multiplayer), dan juga kesemua DLC lain beserta dengan kandungan baharu dari kemaskini yang lepas.

Malah, lagi banyak kandungan akan diserta dengan edisi ini. Kandungan-kandungan seperti kawasan tambahan di Insomnia City Ruins, kebolehan untuk mengawal bot, aksesori tambahan yang mengaktifkan gerakan “Armiger Unleashed”, mod kamera pandangan pertama dan arkib mengenai dunia Final Fantasy XV.

Pemilik permainan sedia ada untuk platform PS4 dan Xbox One boleh memilih untuk menaik taraf ke Royal Edition Pack untuk mendapat kandungan tambahan ini.

Bukan itu sahaja, versi PC untuk permainan ini, Final Fantasy XV Windows Edition juga akan dipasarkan pada tarikh yang sama untuk Royal Edition, iaitu pada 6hb Mac.

Bersempena dengan pengumuman ini, Square Enix sempat mengeluarkan video trailer seperti dibawah:

Mengikut dari reviu kami (melalui Gamer Matters), kami dapati permainan ini memuaskan namun mempunyai beberapa faktor yang boleh dibetulkan. Banyak kemaskini telah dibuat atas tujuan memperbaiki beberapa isu serta kandungan baharu diberi. Jikalau anda masih belum lagi bermain permainan ini, maka ini adalah masa terbaik untuk anda bermula.

Sumber melalui: RPG Site

Artikel Asal: Gamer Matters


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -