Sebuah siri francais klasik untuk peminat dari Nintendo, The Legend of Zelda kini telah berusia 30 tahun semalam (21hb Februari 2016) dimana tarikh yang bersejarah ini adalah tarikh yang julungkalinya siri game ini dijual buat pertama kali pada 21hb Februari 1986 untuk platform Famicom Disk System di Jepun.
Jikalau anda tidak tahu, Famicom adalah sebuah konsol klasik dari Nintendo yang menggunakan katrij untuk membaca data game berbanding dari zaman kini yang menggunakan cakera Blu-Ray atau digital.
Tahun ini banyak kemungkinan bahawa siri Zelda kembali kepada peminat semua. Salah satunya adalah Twilight Princess HD yang akan hadir untuk platfrom Wii U, Hyrule Warriors: Legends untuk 3DS dan sebuah game yang kami nantikan iaitu Legend of Zelda itu sendiri untuk Wii U.

