Masih anda ingat lagi sebuah perisian yang boleh merekodkan gameplay dan menyatakan frame per seconds (fps) untuk menunjukkan kualiti grafik kad masing-masing khususnya di Youtube beberapa tahun dahulu? Kini, pihak pembina FRAPS, Beepa menyatakan bahawa mereka kembali untuk “menyerang” didalam pasaran PC khusunya untuk platform Windows 10.

Versi 3.6.0, kini didalam proses pembinaan untuk menyokong Windows 10 namun tiada tarikh rasmi diumukan oleh Beepa setakat ini. Harapan pihak pembina yang dinyatakan adalah “ianya akan siap secepat mungkin”.

