Fundeavour sekali lagi bergerak selangkah kehadapan dengan pengumuman maskot baharu mereka Faeryn.
Siapakah mereka? Fundeavour adalah sebuah laman web komuniti yang dikendali oleh pasukan yang berpengalaman didalam industri gaming untuk membantu gamers seperti Youtubers, streamers dan juga pemain profesional untuk mencapai impian mereka pada masa hadapan. Pendaftaran ahli Fundeavour adalah percuma.
Faeryn (Ejaan “Fay-rin”) direka dengan karakter yang unik dimana ianya kombinasi antara panda berwarna merah dan juga karakter musang, dengan logo Fundeavour di dahi maskot tersebut.
Pengenalan maskot ini amatlah unik, dimana pasukan Fundeavour memuat naik gambar yang dimana akaun mereka seakan “digodam” oleh seseorang dan mengeluarkan status di laman web Fundeavour.com seakan kod binari seperti gambar dibawah:
Status yang dimuat naik ternyata memberi banyak tanda tanya kepada semua, namun beberapa peminat dapat melaksanakan kebijaksanaan mereka dengan memecahkan status rahsia ini kepada kod binari seperti gambar-gambar dibawah:
Selepas itu, Fundeavour memuat naik gambar animasi mengenai telur misteri dengan pautan ke https://fundeavour.com/egg, sekaligus memberikan petunjuk kepada peminat untuk mencari maklumat atau jawapan mengenai status diatas tadi.
Beberapa hari kemudian, Fundeavour sekali lagi memuat naik satu lagi petunjuk mengenai maskot baharunya, kali ini animasi telurnya yang seakan merekah.
Akhirnya, salah seorang Youtubers dan juga ahli Fundeavour, dapat menyelesaikan misteri ini dengan video beliau yang lengkap dengan cara beliau menjumpai maskot baharu Fundeavour.
Baca: Temu ramah bersama JhayShawn (English)
Baca: Fundeavour dengan antara muka baharu
Tahniah kepada Fundeavour kerana sekali lagi bergerak selangkah kehadapan.