Deck Nine Games, atau sebelumnya dikenali segabai Idol Minds pernah mengeluarkan kenyataan akhbar dimana mereka telah menandatangani kerjasama dengan satu syarikat penerbit permainan video berskala AAA untuk pembangunan permainan video pertama mereka. Permainan yang didalam kategori narrative adventure akan diumum dengan lebih lanjut pada acara E3 2017 nanti.
Mengikut dari Kotaku, tidak banyak syarikat penerbit AAA yang memfokuskan kepada kategori tersebut, maka Square Enix yang pernah menerbit permainan Life is Strange adalah sebuah kemungkinan yang besar.
Permainan baharu ini akan lebih memfokuskan kepada jalan cerita prekuel (jalan cerita sebelumnya), maka ianya berkemungkinan akan dibangunkan oleh studio yang lain berbanding Dontnod, sebuah studio asal yang membangunkan siri Life is Strange sebelumnya.
Berikut adalah beberapa gambar yang tertiris (sumber: Kotaku):


