Konsol gaming Playstation 4 melalui fasa yang baik bagi tahun 2016, ini terbukti dengan Uncharted 4: A Thief’s End. Para gamer tidak dikecewakan dengan pengakhiran bagi antara siri yang paling popular untuk konsol Playstation. Kemunculan Overwatch yang merupakan antara permainan video terbaik bagi tahun 2016 juga mengukuhkan status PS4 sebagai konsol dominan di dalam industri gaming.
Dengan lebih banyak permainan eksklusif yang akan dikeluarkan pada tahun ini, ditambah pula dengan penjualan konsolnya yang semakin kukuh, maka tidak hairanlah Playstation 4 dijangka akan meneruskan fasa yang memberangsangkan ini.
Berikut adalah permainan eksklusif untuk platform Playstation 4 bagi tahun 2017.
*Senarai ini adalah tepat pada masa artikel ini ditulis.
**Eksklusif adalah sama ada eksklusif khas PlayStation ataupun eksklusif sementara.
Hatsune Miku: Project DIVA Future Tone
– Merupakan port bagi versi arked, Hatsune Miku: Project DIVA Arcade.
Genre: Muzik
Pemaju: SEGA
Tarikh Pengeluaran: 10 Januari
2064: Read Only Memories
– Dikeluarkan pada tahun 2015 dengan tajuk Read Only Memories, kali ini ia didatangkan dengan teka-teki yang lebih mencabar disamping skrip & lakonan suara yang baru.
Genre: Novel Visual (Graphic Adventure)
Pemaju: MidBoss
Tarikh Pengeluaran: 17 Januari
Gravity Rush 2
– Kat, protoganis untuk Gravity Rush yang pertama, sekali lagi muncul untuk menyelamatkan keadaan di Hekseville!
Genre: Aksi, RPG
Pemaju: SIE Japan Studio & Project Siren
Tarikh Pengeluaran: 20 Januari
Kingdom Hearts HD 2.8 Final Chapter Prologue
– Koleksi permainan Kingdom Hearts yang menampilkan versi HD Remake Kingdom Hearts 3D: Dream Drop Distance serta 2 lagi tajuk iaitu Kingdom Hearts χ Back Cove & juga Kingdom Hearts 0.2: Birth By Sleep – A Fragmentary Passage.
Genre: RPG
Pemaju: Square Enix 1st Production Department
Tarikh Pengeluaran: 24 Januari
Tales Of Berseria
– Keluaran ke 16 bagi siri Tales, mengisahkan penjelajahan Velvet yang penuh dengan dendam di tanah Midgand.
Genre: RPG
Pemaju: Bandai Namco Studios
Tarikh Pengeluaran: 24 Januari
Yakuza 0
– Prekuel kepada siri Yakuza, pemain akan mengawal dua watak iaitu Kazuma Kiryu & Goro Majima sambil berlatarbelakangkan tahun 1988.
Genre: Aksi
Pemaju: Sega
Tarikh Pengeluaran: 24 Januari
Double Dragon IV
– Siri permainan 2D klasik ini diteruskan selepas hampir 2 dekad sejak pengenalannya & pasangan adik-beradik Lee semestinya sudah bersedia untuk menghadapi musuh yang baru.
Genre: 2D, Aksi
Pemaju: Arc System Works
Tarikh Pengeluaran: 30 Januari
- Iklan -
Digimon World: Next Order
– Adalah game Digimon World versi Bahasa Inggeris yang pertama sejak 10 tahun lalu, mengisahkan sekempulan pelajar sekolah menengah yang terperangkap di dalam Digital World.
Genre: RPG
Pemaju: B.B Studio
Tarikh Pengeluaran: 31 Januari
Divide
– Permainan sains fiksyen ini menceritakan watak protoganis David di dalam misi untuk mencari anaknya yang telah diculik.
Genre: Aksi, Sci-Fi
Pemaju: Sega
Tarikh Pengeluaran: Januari 31
Nioh
– Diinspirasikan dari siri permainan Dark Souls & dibina oleh studio yang terkenal dengan siri Ninja Gaiden, Nioh dijangka akan mendatangkan kesengsaraan kepada para pemain apabila ia dipasarkan kelak!
Genre: Aksi, RPG
Pemaju: Team Ninja
Tarikh Pengeluaran: 9 Februari
Horizon: Zero Dawn
– Permainan yang dinanti-nantikan oleh para pemain PS4, pemain berpeluang untuk menjelajah dunia yang dipenuhi dengan makhluk robotik.
Genre: Aksi, Pengembaraan
Pemaju: Guerrilla Games
Tarikh Pengeluaran: 28 Februari
Nier: Automata
– Pemain akan mempertahankan Bumi dari kuasa asing didalam sekuel kepada Nier ini, spin-off dari siri Drakengard.
Genre: Aksi, RPG
Pemaju: Platinum Games
Tarikh Pengeluaran: 7 Mac
Kingdom Hearts HD 1.5 + 2.5 ReMIX
– Kompilasi HD permainan Kingdom Hearts yang terdiri daripada 6 permainan yang terdahulu untuk meyambut ulangtahun ke-15 nya.
Genre: RPG
Pemaju: Square Enix 1st Production Department
Tarikh Pengeluaran: 28 Mac
MLB The Show 17
– Siri permainan simulasi baseball yang popular ini kembali untuk tahun 2017, menampilkan mode RPG seperti The Journey untuk FIFA 17.
Genre: Sukan
Pemaju: SIE San Diego Studio
Tarikh Pengeluaran: 28 Mac
Danganronpa 1-2 Reload
– Menampilkan koleksi dua permainan pertama untuk siri popular Danganronpa.
Genre: Pengembaraan
Pemaju: Spike Chunsoft
Tarikh Pengeluaran: 31 Mac
Persona 5
– Siri Shin Megami Tensei: Persona kembali & Persona 5 dijangka akan mendapat sambutan yang hangat selepas keluaran versi Bahasa Jepun nya yang terdahulu mendapat review yang memberansangkan.
Genre: RPG
Pemaju: Atlus
Tarikh Pengeluaran: 4 April
The Silver Case
– Asalnya dikeluarkan pada tahun 1999, The Silver Case adalah versi HD Remastered untuk karya yang menaikkan name pencipta permainan esentrik, Suda 51.
Genre: Novel Visual, Pengembaraan
Pemaju: Grasshopper Manufacture
Tarikh Pengeluaran: 18 April
Dragon Quest Heroes II
– Siri spin-off Dragon Quest ini menampilkan gaya yang lebih kepada aksi memandangkan ia dibangunkan oleh studio yang terkenal dengan gaya hack & slash siri Dynasty Warriors, Omega Force.
Genre: Aksi, Hack & Slash.
Pemaju: Omega Force
Tarikh Pengeluaran: 25 April
Birthdays the Beginning
– Pencipta siri popular Harvest Moon, Yasuhiro Wada, kali ini tampil dengan permainan sandbox terbarunya yang membolehkan pemain mencipta dunia yang penuh dengan hidupan yang pelbagai & unik.
Genre: Simulasi, Sandbox
Pemaju: ToyBox
Tarikh Pengeluaran: 9 Mei

Ace Combat 7
– Setelah hampir sedekad sejak Ace Combat 6: Fires Of Liberation dikeluarkan, Ace Combat 7 adalah kesinambungan untuk siri utama Ace Combat. Impian para peminat tegar untuk menjadi lagenda di angkasa akan ditunaikan kerana permainan ini akan menyokong sepenuhnya fungsi Playstation VR!
Genre: Simulasi
Pemaju: Project Aces
Tarikh Pengeluaran: Akan diumumkan
Boundless
– Permainan MMORPG ini boleh dikatakan sedikit sebanyak mengambil konsep No Man’s Sky. Apa yang menarik ialah pemain boleh menjelajah ke dunia-dunia yang unik & berbeza-beza.
Genre: MMORPG, Fantasi
Pemaju: Wonderstruck
Tarikh Pengeluaran: Akan diumumkan
- Iklan -
Crash Bandicoot: N. Sane Trilogy
– Khas untuk peminat setia Crash Bandicoot, Crash Bandicoot: N. Sane Trilogy menyatukan tiga permainan Crash Bandicoot yang pertama didalam bentuk HD Remasters.
Genre: Platform
Pemaju: Vicarious Visions
Tarikh Pengeluaran: Akan diumumkan
Danganronpa V3: Killing Harmony
– Merupakan permainan yang ketiga untuk siri utama Danganronpa, kali ini ia mengambil tempat di sekolah penjara yang dikenali sebagai “Gifted Inmates Academy”.
Genre: Novel Visual, Pengembaraan
Pemaju: Spike Chunsoft
Tarikh Pengeluaran: Akan diumumkan
Death’s Gambit
– Bersedia untuk mati berulang kali kerana permainan 2D ini mengambil inspirasi dari siri Dark souls.
Genre: 2D, Aksi RPG
Pemaju: White Rabbit
Tarikh Pengeluaran: Akan Diumumkan
Final Fantasy XII: The Zodiac Age
– Final Fantasy XII: The Zodiac Age adalah HD Remaster untuk versi Final Fantasy 12 International Zodiac Job System yang hanya dikeluarkan di Jepun pada tahun 2007.
Genre: RPG
Pemaju: Square Enix
Tarikh Pengeluaran: Akan diumumkan
Gran Turismo Sport
– Keluaran yang ke-13 bagi siri simulasi perlumbaan popular ini akan membuat debutnya untuk konsol PS4. Pemaju, Polyphony Digital tekad untuk menjadikan GT Sport sebagai sebuah nama besar didalam dunia e-sports dengan kerjasamanya bersama FIA ( International Automobile Federation).
Genre: Simulasi, Perlumbaan
Pemaju: Polyphony Digital
Tarikh Pengeluaran: Akan diumumkan
Hellblade: Senua’s Sacrifice
– Berlatarbelakangkan dunia mitologi Celtic, bersedia untuk aksi permainan yang mantap didalam permainan terbaru oleh Ninja Theory ini, studio yang menghasilkan DmC: Devil May Cry.
Genre: Aksi, Pengembaraan
Pemaju: Ninja Theory
Tarikh Pengeluaran: Akan Diumumkan
Nex Machina: Death Machine
– Sebuah permainan twin-stick shooter yang mengambil ilham dari karya-karya klasik seperti Raiden & Robotron: 2084.
Genre: Shooter
Pemaju: Housemarque
Tarikh Pengeluaran: Akan diumumkan
Ni no Kuni II: Revenant Kingdom
– Sekuel kepada permainan tahun 2010, Ni no Kuni: Wrath Of The White Witch, kali ini tampil dengan barisan watak-watak baru untuk mempertahankan kerajaan Ding Dong Bell.
Genre: RPG
Pemaju: Level-5
Tarikh Pengeluaran: Akan diumumkan
Pyre
– Permainan terbaru dari Supergiant Games, studio yang bertanggungjawab disebalik penghasilan karya-karya pilihan para pengkritik, Bastion & Transistor.
Genre: RPG
Pemaju: Supergiant Games
Tarikh Pengeluaran: Akan diumumkan
PaRappa the Rapper Remastered
– Setelah hampir 20 tahun sejak ia dipasarkan , PaRappa kembali ke konsol Playstation didalam bentuk HD Remastered.
Genre: Muzik
Pemaju: SIE Japan Studio
Tarikh Pengeluaran: Akan diumumkan
- Iklan -
Shenmue III
– Permainan ketiga untuk siri Shenmue yang pernah menjadi bualan hangat sekitar tahun 2000. Terkenal dengan gaya open-world serta quick time event yang kemudiannya dipopularkan oleh permainan moden yang lain seperti GTA.
Genre: Aksi, RPG
Pemaju: Ys Net & Neilo
Tarikh Pengeluaran: Akan diumumkan
Uncharted: The Lost Legacy
– Siri masyhur Playstation ini kembali dengan Chloe Frazer sebagai watak utama didalam pengembaraannya untuk mencari harta karun legenda yang dikenali sebagai The Tusk Of Ganesha.
Genre: Aksi, Pengembaraan
Pemaju: Naughty Dog
Tarikh Pengeluaran: Akan diumumkan
What Remains Of Edith Finch
– Menceritakan tentang Edith, ahli keluarga Finch yang terakhir didalam pencariannya untuk mengetahui kisah sebenar disebalik misteri ahli-ahli keluarganya.
Genre: Misteri, Pengembaraan
Pemaju: Giant Sparrow
Tarikh Pengeluaran: Akan diumumkan
Wipeout: Omega Collection
– Wipeout: Omega Collection merupakan kompilasi 4K Remastered untuk Wipeout HD & Wipeout 2048.
Genre: Perlumbaan
Pemaju: Studio Liverpool, SCEE
Tarikh Pengeluaran: Akan diumumkan
Yakuza Kiwami
– Permainan pertama untuk siri Yakuza yang dikemaskini & dibina semula. Ini termasuk kesemua grafik, lakon suara & gameplay yang diperbaharui sesuai untuk platform PS4.
Genre: Aksi
Pemaju: Sega
Tarikh Pengeluaran: Akan diumumkan
Sudah pastinya lebih banyak permainan eksklusif PS4 akan dikeluarkan pada tahun ini, namun senarai di atas adalah barisan permainan video yang sudah disahkan untuk keluaran tahun ini. Teruskan mengikuti kami untuk perkembangan selanjutnya!

