Sepak Takraw adalah sebuah sukan yang amat terkenal di Malaysia dan juga Asia Tenggara. Mediasoft, sebuah studio tempatan terletak di Puchong telah mencipta sejarah dengan membawakan sebuah game berdasarkan sukan Sepak Takraw ini yang bernama Roll Spike.
Roll Spike adalah sebuah game versi platform mobile untuk Android dan IOS yang kini dipasarkan kepada pasaran Asia, Australia dan juga New Zealand. Game yang menggunakan sentuhan skrin untuk bermain dengan pelbagai fungsi seperti melakukan sepakan, hantaran, tandukan dan juga beberapa pergerakan istimewa untuk merejam bola ke pihak lawan.
Pelbagai pasukan negara diberikan seperti Malaysia, Korea, Thailand, Indonesia dan juga Filipina. Banyak lagi pilihan pasukan akan diberikan kelak mengikut dari Mediasoft Entertainment.
[blockquote cite=”Havene Liew, Pengarah Urusan di Mediasoft Entertainment”]“Saya sangat menyukai permainan sukan, akan tetapi pasaran ini didominasi oleh permainan sukan yang terkenal dari negara barat seperti bola sepak, bola keranjang dan tennis. Kami mahu membuat satu permainan digital yang bukan sekadar menyeronokkan tetapi ianya juga mencerminkan budaya tempatan sebagaimana yang kami lakukan sebelum ini dengan Li-Ning Badminton Jump Smash. Kami berharap Roll Spike bukan sekadar berjaya sebagai sebuah game tetapi akan memberi banyak faedah kepada industri sukan tempatan secara keseluruhan.” [/blockquote]
Roll Spike telahpun dilancarkan pada 25hb Mac 2016 untuk platform Android, manakala 14hb April untuk pasaran IOS.