Semalam, salah satu status di Facebook telah menjadi tular atas sebab ketidakpuashati pelanggan terhadap warga kerja Gamers Hideout yang menuduh individu tersebut sebagai pencuri.
Holy Chit (nama profil Facebook) memuat naik status dengan menerangkan insiden tersebut yang berlaku pada 2 hari yang lepas. Beliau dan rakan beliau pergi ke salah satu cawangan Gamers Hideout di pusat membeli belah One Utama dengan hasrat untuk membeli seunit konsol PlayStation 4.
Semasa melihat koleksi jualan kedai tersebut, secara tiba-tiba Pengurus Kedai meminta permainan video yang kononnya diambil oleh beliau, malah warga pekerja kedai tersebut telahpun menghubungi polis atas “insiden” tersebut.
Pengurus Kedai tersebut memberi peluang dengan menunjukkan rakaman CCTV kepada mereka. Namun pengakuan Holy Chit bersama rakan beliau yang juga dituduh, Hartis Azahar mengakui bahawa individu didalam rakaman tersebut amat beza sekali dari segi bentuk badan dan juga muka.
Malah, video tersebut direkod pada 22hb Februari 2017, 9:41PM yang dimana Holy Chit yang “dituduh” itu mempunyai bukti bahawa mereka berada ditempat lain melalui perbualan aplikasi telefonnya.
Gamers Hideout adalah salah satu pengedar permainan video yang terkenal dan kini mempunyai 3 cawangan di sekitar Lembah Kelang, seperti One Utama, MidValley Megamall dan Sunway Pyramid.
Selepas polis hadir ke tempat jadian dengan proses soal siasat selama sejam dengan mereka, mereka dibawa ke balai polis untuk siasatan lebih lanjut. Namun pihak polis mengambil keputusan untuk melepaskan mereka atas kesilapan penuduhan berlaku dengan sebab individu didalam rakaman CCTV ternyata lain dari Holy Chit dan rakannya.
Bagi kami, kesilapan dengan menuduh seorang individu (terutamanya pelanggan) sebagai pencuri secara melulu adalah sebuah isu yang agak besar dan boleh memberi impak yang agak buruk kepada sesuatu perniagaan.
Selepas status itu tular, pelbagai reaksi pelanggan tidak senang dengan tindakan tidak professional Gamers Hideout kepada pelanggan mereka.
Status tersebut telahpun dipadam, namun kami tidak boleh kenal pasti samaada ianya dipadam dari Gamers Hideout (Sebagai Visitors Posts) ataupun pemilik profil itu sendiri. Malah, akaun sosial Facebook Holy Chit juga dipadam.
Namun anda boleh melihat melalui laman sesawang Archive.fo (Kredit kepada Ezam Zainal Abidin)
Kami juga cuba menghubungi pihak Gamers Hideout, namun tiada maklum balas diberi oleh mereka atas isu ini.