Gamesbond Champion Cup – Sebuah Acara eSukan FIFA 16 Dengan Ganjaran Sebanyak RM3,000

Semakin ramai pemain game di Malaysia, semakin rancak industri eSukan di Malaysia. Gamesbond, sebuah syarikat pengedar game yang agak aktif sebagai penganjur acara eSukan kini akan mengadakan satu lagi acara eSukan mereka, Gamesbond Champion Cup.

Jikalau anda ingin mengasahkan bakat terpendam anda khususnya untuk game FIFA 16, maka peluang memenangi hadiah utam RM1,600 bakal menjadi nyata.

Gamesbond Champion Cup, adalah sebuah acara eSukan yang lebih mengkhususkan kepada pemain baharu dan tidak pernah memenangi antara 3 tempat teratas dari acara eSukan FIFA 16 yang lepas. Poster dibawah adalah maklumat lanjut mengenai acara tersebut:

14348670_1294096740601074_500251753_n

Mengikut dari poster diatas, jumlah keseluruhan hadiah adalah sebanyak RM3,000 dan dibahagikan kepada beberapa peserta dari pemenang sehingga tempat ke-8. Ianya akan diadakan pada 24hb dan 25hb September ini dari jam 9:30 pagi sehingga 8:30 malam, bertempat di Encorp Strand Mall, Kota Damansara. Kos penyertaan hanya RM25 sahaja. Untuk maklumat lanjut, anda boleh mendaftar atau hubungi Gamesbond melalui laman Facebook Page mereka.

About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Comments
Leave a response

Komen