Penuh dengan aktiviti dan Cosplay

Hari yang dinantikan adalah 14hb November, hari kedua untuk acara GameStart 2015 di Singapura ini. Ini adalah kerana hari ini akan dibuka kepada umum berbanding dengan semalam yang hanya untuk Media dan VIP.

ANDA MUNGKIN MEMINATI: GameStart 2015 Singapura – Hari Pertama

Pelbagai acara di atas pentas juga disediakan. Jadual dibawah adalah maklumat penuh untuk hari kedua di GameStart 2015.

GameStart-14Nov

Pihak penganjur sudah sedia dengan banjiran gamers seluruh Asia untuk acara ini. Maka mereka menyediakan tempat beratur bermula sejak dari 11pm pada hari sebelumnya.

20151114_100839_HDR (Custom)

Perlawanan Tom Clancy’s Rainbow Six Siege

Untuk pembukaan tirai, acara perlawanan Rainbow Six Siege antara NUT (No Use Talking) dan HBS (HontoniBuaySai) bermula pada jam 11pagi. Perlawanan yang agak menarik dengan menunjukkan keupayaan game yang akan datang dari Ubisoft ini.

Pengenalan Gundam Extreme Vs. Force (PS Vita)

Selepas itu, pada jam 1pm, pihak BANDAI NAMCO Entertainment Inc. mengambil alih pentas untuk pengenalan game Gundam Extreme Vs. Force yang julung kalinya akan diterjemahkan didalam Bahasa Inggeris untuk platform PlayStation Vita.

DSC09587 (Custom)

Hiroshi Kosuge, selaku Producer untuk game ini menyampaikan beberapa kandungan dan tambahan baharu daripada game ini. Tambahan seperti karakter baharu dengan beberapa teknik perlawanan akan diberi untuk game ini.

Video gameplay juga dipertontonkan buat pengunjung dengan menunujukkan beberapa fungsi baharu seperti dibawah:

Video Gameplay Gravity Rush Remastered (PS4)

Seperti yang kita tahu, Gravity Rush adalah sebuah game ala-anime yang unik untuk pemain PS Vita sebelum ini. Pada acara E3 lepas, Sony mengumumkan bahawa game ini akan datang untuk platform PlayStation 4 sebagai Gravity Rush Remastered.

DSC09631 (Custom)

Pada jam 2pm, Keiichiro Toyama dari Sony memberikan pengalaman gameplay secara langsung di atas pentas buat pertama kali kepada umum. Kami juga sempat berpengalaman bermain game ini pada booth PlayStation semasa acara tersebut. Ianya mempunyai kualiti grafik yang bagus dengan prestasi 60fps.

DSC09655 (Custom)

Sudah semestinya pengalaman baharu dengan bermain game ini pada skrin yang lebih besar dari sebelumnya.

Gravity Rush Remastered akan mula dipasaran pada 10hb Disember dengan harga dari SGD 57.90.

ANDA MUNGKIN MEMINATI: Gravity Rush Remastered Dipertontonkan di GameStart 2015

Just Cause 3 – Demo Gameplay

Tiba masa Avalanche Studios untuk menyampaikan game mereka yang akan datang, Just Cause 3. Penyampaian oleh Michel Sinterniklaas yang interaktif kepada pengunjung.

DSC09668 (Custom)

Seperti yang kita tahu bahawa siri game Just Cause adalah sebuah game yang penuh dengan letupan dan kehancuran. Maka persembahan oleh Michel agak berbeza daripada persembahan lain yang agak konvesional.

DSC09684 (Custom)

Beliau menunjukkan video gameplay game ini dan apabila sampai ke tempat misi, 3 pilihan diberikan kepada pengunjung untuk memilih bagaimana untuk menyelesaikan misi tersebut.

Misi-misi seperti menghancurkan tugu, jambatan dan pengkalan tentera yang berkaitan dengan versi penuh game ini kelak.

DSC09686 (Custom)

Just Cause 3 akan datang dipasaran pada 1hb Disember ini. Collector’s Edition juga akan dijual dengan beberapa isi kandungan ekstra seperti replika Grappling Hook seperti digunakan didalam game tersebut.

Gameplay Pertempuran Hebat Naruto Ultimate Ninja Storm 4

Salah satu acara yang amat menarik adalah pengumuman game akan datang oleh BANDAI NAMCO Entertainment Inc., Naruto Shippuden Ultimate Ninja Storm 4. Dipersembahkan oleh Shunsuke Fujita yang amat kasual dengan penampilan kosplay beliau. Fujita menyampaikan beberapa info dan kandungan yang akan diberikan pada game baharu ini.

Menariknya, beliau mencabar kepada pengunjung untuk berlawan Ninja Storm 4 ini bersama beliau. Dengan pertempuran antara Fujita dan pengunjung, sekaligus ianya menunjukkan beberapa gameplay dari Storm 4 ini.

Video dan Maklumat Lanjut Tentang Naruto Ultimate Ninja Storm 4

Acara Dari Blizzard (Starcarft & Hearthstone)

Blizzard juga tidak melepaskan peluang untuk berada di atas pentas GameStart 2015 ini. Berbanding dengan Avalanche Studios, Sony ataupun BANDAI NAMCO yang menyampaikan maklumat mengenai game terbaharu mereka, Blizzard lebih kepada pertandingan eSports iaitu South East Asia StarCraft II Legacy of the Void Beta Anniversary Tournament Grand Finals dan pertandingan Hearthstone.

Rock Band 4

Sebuah game baharu yang telah berada dipasaran semenjak bulan lepas kini dipersembahkan oleh Mad Catz. Lebih kepada liveplay kepada peminat untuk bermain game ini dengan peralatan seperti gitar dan drum.

Sekitar GameStart 2015

DSC01110 (Custom)

Banyak lagi aktiviti lain dijalankan berbanding dari pentas utama. Aktiviti dan acara seperti Capcom Pro Tour Asia, Xtr3m3’s FIFA 16 Champion’s Cup, Cosplay, beberapa booth dengan demo game sehinggalah game retro yang boleh dimain secara langsung.

Nantikan artikel penuh kami mengenai GameStart 2015 isnin ini.

About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Comments
Leave a response

Komen