fbpx

GameStart Asia Kembali Dan Kembangkan Sayapnya Ke Indonesia

GameStart Asia telahpun menjadi konvensyen permainan video utama di Singapura, malah pencapaian yang membanggakan dengan 24,000 pengunjung pada tahun lepas.

Kali ini pengajur mengumumkan tarikh acara mereka untul tahun ke-5, dan ianya akan diadakan di Suntec Convention Centre, Singapura pada 13hb dan 14hb Oktober.

Liga esukan permainan perlawanan yang seumpamanya di Asia Tenggara, SEA Major, juga akan kembali kepada GameStart yang memaparkan permainan seperti Street Fighter V, Tekken 7, Marvel VS Capcom Infinite dan juga Dragon Ball FighterZ. Selain dari itu, Guilty Gear, BlazBlue dan Windjammers turut dipertanding.

Dalam masa yang sama, GameStart Asia akan mengembangkan sayapnya ke Indonesia. Tiada tarikh atau lokasi diumumkan buat masa ini, namun sudah semestinya ianya berita baik buat semua mahupun pada pihak penganjur.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -