Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

- Iklan -

Gandhi “Diganti” Ketua Baharu Untuk India Didalam Expansion Civilization VI Baharu – Rise And Fall

42

Gandhi adalah seorang tokoh yang amat popular, terlalu popular sehingga boleh didapati sebagai ketua tamadun India dalam semua siri permainan Civilazation. Namun tradisi tersebut akan berubah dengan expansion baharu Civilization VI, Rise And Fall, dimana pemain boleh mempunyai pilihan untuk memilih ketua yang lain dari Gandhi, iaitu Chandragupta.

Mengikut dari sejarah, Chandragupta adalah salah seorang tokoh yang pernah menyatukan kebanyakan masyarakat India dibawah satu haluan.

Arthashastra adalah salah satu ability beliau didalam permainan ini, membolehkan India untuk mengisytiharkan War Of Territorial Expansion lebih awal dari biasa. Malah, movement ekstra diberi beserta kekuatan tempur ditambah sebaik selepas pengisytiharan tersebut.

Rise And Fall akan sedia untuk pelancaran pada 8hb Februari nanti pada platform PC.

Artikel Asal: Gamer Matters