Permainan dunia terbuka RPG percuma, Genshin Impact, semestinya memberi “impak”. Hanya satu hari selepas pelancaran, permainan ini telahpun mencapai 10 juta muat turun.
Ini adalah permainan pertama oleh pembangun, Mihoyo bukan sahaja dengan skala global pelancaran permainannya, malah dilancarkan ke konsol dan PC, dengan fungsi rentas-platform. Ternyata mengapa permainan ini berjaya mencapai jumlah sedemikian.
Sebagai ganjaran, semua pemain mendapat 10 Intertwine Fates. Salah satu matawang untuk sistem gacha mereka untuk mengakses karakter lain. Pemain juga bakal mendapat 1760 Primogems yang akan dihantar 160 unit setiap hari melalui sistem mel didalam permainan ini.
Ganjaan ini boleh diperoleh bermula hari ini namun, anda perlu meraih Adventure Rank 7 terlebih dahulu sebelum mendapat ganjaran tersebut.
Genshin Impact boleh didapati secara percuma untuk PS4, PC, iOS dan Android.