fbpx

God of War – Nama Anak Kepada Kratos Kini Diketahui

Jikalau anda masih ingat, Sony pernah memaparkan video gameplay God of War buat pertama kali kepada umum melalui acara E3 tahun lepas. Video yang menunjukkan karakter utama, Kratos mengembara didalam hutan bersama anaknya, namun tiada maklumat lanjut seperti namanya.

Banyak spekulasi mengatakan anaknya bernama Tyr melalui perbincangan antara netizen. Hari ini Cory Barlog, pengarah projek God of War ini mengesahkan nama anak Kratos pada akaun Twitter beliau.

Atreus adalah nama sebenar yang dijumpai dari seorang pengguna Twitter @fbanin melalui fail MP3 lagu latar belakang video gameplay yang dikeluarkan oleh studio Santa Monica. Mereka mengeluarkan fail MP3 ini atas tanda terima kasih kepada peminat dengan pencapaian 15 juta tontonan direkod didalam Youtube.

Melalui fail tersebut, ianya mempunyai komen “An Introduction to Kratos and Atreus.”, dan disahkan benar oleh Cory sendiri.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -