Beberapa permainan PS5 yang akan hadir pada tarikh pelancaran nanti sudah dibuka untuk pra-pembelian, maka harga juga diumum.
Dengan harga disenaraikan, nampaknya, harga permainan video untuk generasi baharu kini lebih mahal, dari harga USD $60 (RM250~) kepada USD $70 (RM290~).
Sebagai contoh, Godfall, permainan pelancaran PS5 bakal dijual pada harga dari USD $69.99 untuk edisi biasa sehingga USD $99.99 untuk edisi Ascended.

Namun untuk Malaysia, terima kasih kepada harga rantauan Epic Games Store, ianya bermula dari USD $51.49 (RM214.12~), lebih rendah dari versi PS5 seperti diatas.
Godfall bakal hadir ke PlayStation 5 dan PC pada 12hb November ini.

