Gravity Rush 2 Akan Menampilkan Kandungan Yang Besar Dengan 50 Jalan Cerita Dari Misi Sampingan

Keiichiro Toyama, Pengarah Kreatif untuk projek Gravity Rush 2 mengatakan game eksklusif konsol PlayStation ini akan mempunyai kandungan yang amat besar dan peningkatan yang lebih baik dari siri sebelumnya mengikut dari temubual beliau bersama PlayStation Blog.

“Kami berikan sedikit “rasa” pada siri game pertama, namun lebih penerokaan dibuat pada sekuelnya.” Kata Toyama. Pemain akan berada didalam dunia yang lebih besar sehingga 3 kali berbanding Gravity Rush yang pertama.

We did a lot of location research in places like Mexico and all across Asia, so there’s a lot of real-world inspiration on how the city looks. The map is two-and-a-half to three times bigger than the first game, so increasing that scale in every respect was something we fought for — along with more options in combat with her Lunar and Jupiter gravity styles, while also keeping the accessibility that made Gravity Rush so easy to get into. Keiichiro Toyama, Pengarah Kreatif Gravity Rush 2

Tambahnya lagi, Gravity Rush 2 akan mempunyai 50 jenis jalan cerita dari misi sampingan kepada pemain. Toyama menyatakan bahawa beliau inginkan sebuah game yang “positif dan rancak” dengan misi sampingan yang mempunyai unsur komedi untuk menambahkan lagi faktor keseronokan semasa bermain game ini.

Gravity Rush 2 akan dipasarkan untuk platform PlayStation 4 secara eksklusif pada tahun ini.

About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Comments
Leave a response

Komen