Acara Female SEA League (FSL) 4 untuk permainan Dota 2 kini dimenangi oleh pasukan eSukan dari Malaysia, yang bernama Grills Gaming (Atau GG). Pasukan yang diwakili oleh Stephanie “auroraa” Lim, selaku kapten, Bette “istarx”, Tiffani “Oling”, Wei Sian “TimunSama” dan Nicole “Catosaurus” menewaskan pasukan DIA dari negara Thailand dengan markah 2-1.
Female SEA League adalah sebuah acara perlawanan eSukan untuk Dota 2 yang dibuat khusus untuk komuniti pemain profesional wanita. FSL yang telahpun berada didalam siri ke-4 ini dimulakan semenjak September 2016 lagi dengan 23 pasukan untuk bertanding. Pusingan akhir dengan 4 pasukan terbaik dipertanding pada bulan ini yang terdiri daripada Chatte dari Filipina, NXA-Gaming dari Singapura, juga DIA dan GG masing-masing dari Thailand dan Malaysia.
Grills Gaming menerima router internet yang bernilai SGD $539 tajaan dari Linksys dan juga barang aksesori gaming tajaan Creative BlasterX.
*sumber gambar dari Stadium Astro