fbpx

GTA 5 Terus Mengganas! Sebagai Salah Satu Permainan Terlaris Sepanjang Zaman

Penerbit permainan, Take Two Interactive baru-baru ini mengumumkan beberapa perkara penting termasuk laporan kewangan fiskal suku ketiga 2017 yang berlangsung dari Oktober sehingga 31 Disember yang lalu untuk permainan terbitannya.

Antara berita yang menjadi tumpuan ialah permainan Grand Theft Auto V yang telah terjual sebanyak 75 juta unit sejak ia dilancarkan pada September 2013. Ini menyaksikan GTA 5 sebagai permainan ke-4 terlaris sepanjang zaman dibelakang Tetris (495 juta unit), Minecraft (108 juta unit) & Wii Sports (83 juta unit).

Dengan fokus untuk terus menambah baik elemen multiplayer oleh Rockstar yang semakin kukuh, maka tidak hairanlah GTA 5 dijangka akan terus menjadi relevan dihati para gamer untuk tahun 2017.

Turut diumumkan ialah siri bola keranjang popular, NBA 2K17 yang telah terjual sebanyak 7 juta unit, peningkatan sebanyak 10% berbanding permainan NBA 2K16 untuk tempoh yang sama.

CEO Take Two Interactive, Strauss Zelnick juga mendedahkan bahawa jumlah jualan keseluruhan untuk siri permainan Civilization juga meningkat kepada sekitar 40 juta unit.

Dari segi kewangan pula, Take Two memperoleh peningkatan pendapatan sebanyak 15 % yang menyaksikan kenaikan kepada 476.5 juta USD berbanding 414.2 juta USD bagi tahun lepas dengan penyumbang utamanya adalah GTA 5, WWE 2K17, NBA 2K17 & Civilization VI.

Keseluruhannya, Take Two menerima nilai kerugian sebanyak 29.8 juta USD, jumlah yang lebih baik berbanding 42.4 juta USD untuk tahun lepas bagi tempoh yang sama.

Dengan analisis yang dibuat berdasarkan laporan ini, Take Two menjangkakan pendapatan bagi tahun ini berjumlah sekitar 542 juta USD sehingga 592 juta USD & keuntungan yang berjumlah sekitar 139 juta USD ke 148 juta USD. Ini tidak mustahil dengan permainan yang ditunggu-tunggu oleh para gamer, Red Dead Redemption 2 yang dijangka akan dikeluarkan pada tahun ini.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -