fbpx

Guilty Gear Strive Mendapat Tarikh Pelancaran Selepas Penundaannya Ke Tahun Hadapan

Selepas penundaannya dibuat pada Mei yang lepas, Arc System Works akhirnya membuat pengumuman mengenai tarikh pelancaran permainan eksklusif konsol PlayStation mereka, Guilty Gear Strive yang akan dilancarkan pada 9hb April 2021.

Tarikh pelancaran tersebut dibuat selepas penundaannya dari tarikh asal, iaitu penghujung 2020, namun atas isu pandemik dunia dialami, permainan tersebut dibawa ke tahun 2021.

Guilty Gear Strive akan ditawarkan melalui tiga edisi, iaitu Standard, Deluxe dan Ultimate. Untuk pemilik Deluxe dan Ultimate bakal mendapat akses tiga hari lebih awal dari tarikh pelancaran dan hanya ditawarkan kepada pemain PS4 dan PS5 sahaja.

Menariknya, untuk rantau Asia buat pertama kali, penerbitan permainan ini adalah dibawah Bandai Namco berbanding Arc System Works sendiri.

Guilty Gear Strive bakal hadir dipasaran pada 9hb April 2021 untuk PS4, PS5 dan PC (Steam).

Sumber: Gematsu.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -