Hadiah Terkumpul CS:GO Major Championship Dinaikkan Ke US$ 1 Juta

Suasana e-sukan Counter Strike: Global Offensive pada tahun 2015 lalu yang agak terpalit dengan sejumlah kontroversi kini dirancakkan kembali dengan berita gembira dari pembangun game ini iaitu Valve.

Bagi menambah kemajuan dan sokongan terhadap CS:GO, Valve baru-baru ini mengumumkan akan menaikkan jumlah hadiah terkumpul bagi pertandingan-pertandingan CS:GO Majors dari US$ 250 000 (RM 1 053 962) kepada US$ 1 000 000 (1 juta = RM 4 215 850). Kenaikan ini bermula efektif dari MLG Columbus 2016 yang akan berlangsung dari Mac hingga April ini.

Petikan dari kiriman blog CS oleh Valve:

“When we announced the first CS:GO Major Championship in 2013, we hoped the Majors would be rallying points for the community, tent-pole events that could draw new audiences and amplify the value of all events.

Since then, the professional CS:GO community has been growing at an incredible rate. CS:GO tournaments are now among the largest esports events in the world, drawing global audiences of millions of viewers, filling massive venues, and garnering higher prize pools. Professional CS:GO has grown, and the CS:GO Major Championships are about to grow with it.”

Dengan kenaikan ini, CS:GO telah menaiki tangga populariti e-sukan setaraf dengan kejohanan Call of Duty yang mempunyai jumlah hadiah terkumpul yang sama iaitu US$ 1 juta.

Komen penulis: Harap CS:GO boleh jadi no 1, kalahkan Dota 2 yeah!! 😛

 

About The Author
Anan
Gamer, programmer dan PCMasterRace tegar. Genre kesukaan shooter dan puzzle. Juga seorang audiofilia kecil-kecilan. Minat bidang teknologi sejak sekolah rendah lagi dan akhirnya berjaya membina PC sendiri.
Comments
Leave a response

Komen