ERSB kini telah mengeluarkan keputusan penilaian untuk Halo 5: Guardians yang dimana ianya dinilai sebagai T (Teen) sahaja berbanding M (Mature) daripada siri Halo sebelum ini. Maka, ini adalah pertama kali didalam siri Halo mendapat penialaian dibawah M oleh ERSB untuk pasaran Amerika Syarikat.
Berdasarkan dari laman web ERSB itu sendiri, game ini dinilai sebagai T adalah sebab-sebab seperti, adegan berdarah (yang tidak melampau), beberapa bahasa kasar dan keganasan.
Halo 5: Guardians akan berada dipasaran pada Oktober ini untuk platform Xbox One.

