Selepas banyak penantian, akhirnya Resident Evil 7 hadir didalam pasaran. Menariknya, selain dari konsep yang lebih seram, Capcom juga membawakan kesesuaian permainan ini kepada platform VR.
Capcom juga menyediakan laman web ResidentEvil.net untuk menunjukkan statistik terkini mengenai permainan video seram ini. Banyak statistik yang menarik diberikan, seperti jumlah pemain, jumlah durasi dimainkan, jumlah jarak perjalanan didalam permainan, jumlah musuh yang dibunuh, dan banyak lagi maklumat. Apa yang mendapat perhatian kami adalah jumlah pemain yang menggunakan VR (Realiti Maya) untuk bermain.
86,671 bilangan bermain melalui VR, hampir 10% dari jumlah keseluruhan pemain, 913,974. Data ini direkod semasa artikel ini ditulis.
Ini menampakkan faktor positif terhadap industri VR namun dengan pedekatan yang betul. Permainan yang menarik dan sesuai untuk VR seperti Resident Evil 7 ternyata membuktikan bahawa industri ini akan menjadi lebih relevan pada masa akan datang.
Adakah anda salah satu bilangan pemain VR tersebut? Kongsikan pengalaman bermain anda dibawah.