Jikalau tren menonton seseorang menikmati makanan beliau di Korea Selatan sudah pelik bagi anda, maka artikel ini mungkin membuatkan anda tertanya.
Jeff Kaplan, selaku Ketua Pereka permainan video Overwatch pernah membuat strim video secara langsung melalui akaun rasmi Overwatch didalam laman web Twitch, dan meraih hampir 400,000 penonton.
Menariknya, tiada skrip, dialog ataupun sebarang aksi didalam video tersebut. Jeff, hanya duduk diatas kerusi, dan menikmati pendiang api dibelakangnya selama 10 minit. Walaupun ramai yang mengatakan video langsung ini adalah sebuah video yang dimainkan secara ulangan, namun mengikut dari video tersebut beberapa aksi unik boleh dilihat seperti pergerakan beliau, dan beberapa “bloopers” seperti mikrofon terjatuh pada kepala beliau dan juga pabila beliau membuka hadiah. (sumber melalui: Gamespot)
Sumber tweet DeathETM, melalui Gamespot.
jeff kaplan gets hit by a boom mic pic.twitter.com/TWJfuf3nVx
— steran (@DeathETM) December 24, 2017
Siaran langsung itu dimainkan pada 3 hari yang lalu bersempena dengan sambutan Hari Krismas. Video tersebut berakhir dengan Jeff memandang kepada kamera dengan senyuman beliau dan beredar dari kerusi tersebut.
Anda mungkin melihatnya dari perspektif yang pelik dan agak buang masa, namun ini adalah salah satu inisiatif yang kreatif oleh Blizzard kepada komuniti mereka dan hasilnya? 400,000 penonton dan hampir 39,000 penonton dalam satu masa menonton video tersebut.
Apa pendapat anda, adakah anda salah seorang penonton tersebut? Jom kongsikan melalui ruang komen dibawah.