fbpx

Harga PlayStation VR Akhirnya Akan Diumumkan Secara Rasmi?

Setelah beberapa spekulasi dan harga PlayStation VR tertiris didalam beberapa laman web, akhirnya Sony mengeluarkan pengumuman rasmi tentang acara akan datang untuk pihak media akhbar pada 15hb Mac 2016 di San Francisco.

Acara ini secara khususnya adalah untuk peranti akan datang oleh Sony itu sendiri iaitu PlayStation VR. Menariknya acara ini akan dibuat dengan tarikh yang hampir sama dengan Game Developer Conference (GDC) di San Francisco. Sony juga pernah mengumumkan PS VR ini pada acara yang sama (GDC) pada tahun 2014.

Berkemungkinan, Sony akan mengumumkan beberapa info seperti harga, spesifikasi dan tarikh pelancaran untuk peranti ini.

Sebelum ini beberapa sumber menyatakan bahawa harga PlayStation VR mungkin lebih murah dari yang disangka. Ini adalah kerana beberapa pesaing seperti Oculus Rift dan HTC Vive, telahpun melancarkan dan mengumumkan harga peranti mereka, maka ramai mengharapkan Sony akan memberikan harga menarik dan mampu milik buat pengguna.

PSVRSonySF

 


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -