Sebelum ini, harga PlayStation VR telah terkeluar secara tidak sengaja di Amazon yang lepas. Kini ianya sekali lagi tertiris dengan harga yang lebih rendah dari sebelumnya melalui beberapa penjual di Negara Sweeden.
Harga yang berada didalam lingkungan Euro 450 – 500 (RM2,200 – RM2,400) adalah jauh lebih murah berbanding harga yang tertiris didalam laman web Amazon lepas dengan sebanyak Canada Dollar $1,125.35 (RM3,500).
Namun ianya masih lagi bukan harga rasmi dari Sony sendiri, apatah lagi harga yang akan dibawa oleh mereka ke pasaran Malaysia kelak.

