Bekas Naib Presiden Kandungan Kreatif Digital MDEC, Hasnul Hadi menyertai Sony Worldwide Studios Malaysia yang baru sahaja dibuka penghujung tahun lepas. Beliau menyandang jawatan baharu, iaitu Ketua Studio syarikat tersebut.
Sebelum MDEC, Beliau pernah bertangungjawab didalam bidang kreatif seperti penglibatan beliau dengan Life of Pi melalui studio VFX, Rhythm And Hues yang bertempat di Malaysia.
Beliau juga pernah dilantik sebagai ahli lembaga untuk FINAS.
Ini bukan kali pertama penglibatan beliau bersama Sony. Pada tahun 2014, beliau juga pernah mewakili Malaysia kepada Sony Computer Entertainment America.
Sumber: GamerBraves, melalui Gamer Matters.