fbpx

Hideo Kojima Bercakap Tentang Game Seram Untuk VR

Baru-baru ini, IGN sempat menemu ramah Hideo Kojima tentang pandangan beliau dengan VR (Virtual Reality). Mengikut dari perbualan, Kojima menyatakan beliau amat berminat untuk membuat sebuah game seram serba baharu dan bukan game seram yang tipikal untuk teknologi VR ini.

[blockquote cite=”Hideo Kojima”]”Game tembak menembak memanglah menyeronokkan, namun saya lebih berminat lebih kepada pengalaman yang unik kepada pemain VR. Pengalaman dan perasaan yang seram dengan keadaan tidak selesa. Namun bukan jenis seram yang secara tipikalnya kita lihat, namun seram dengan konsep yang lain. Sebagai contoh, anda meletakkan unit VR ke muka anda. Anda melihat ramai orang dan semuanya orang yang anda tidak dikenali termasuklah karakter anda sendiri. Seakan-akan anda keseorangan didalam dunia tersebut, ianya sudah cukup menyeramkan, sehingga anda ingin menoleh ke arah lain namun pelbagai benda boleh diterokai.”[/blockquote]

Kojima juga menyatakan bahawa teknologi VR ini sudahpun berada didalam industri selama 20 tahun, namun beliau mungkin tidak dapat memfokuskan projek beliau kepada teknologi ini. Ini adalah kerana beliau mempunyai “motion sickness”, sebuah simptom yang membuatkan seseorang terasa tidak selesa dengan konsep VR ini.

Maka adakah orang penting disebalik game terkenal seperti Silent Hills dan Metal Gear Solid ini akan memberikan sebuah game yang hebat untuk VR? Sama-sama kita nantikannya.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -