Hitman 3 bakal menjadi permainan diterbit oleh pembangunnya sendiri, IO Interactive. Dan kami kini tahu sebab utamanya.
Video trailer baharu dimuat naik menunjukkan tahap kedua permainan ini selepas tahap pertama di Dubai. Kali ini ianya ditermpatkan di Dartmoor, England menyaksikan Agent 47 menyelesaikan misteri Thornbridge.
Namun apa yang menarik perhatian kami adalah berita mengenai permainan ini sebagai permainan eksklusif didalam Epic Games Store untuk platform PC.
Serupa seperti beberapa permainan baharu sebelum ini, Hitman 3 bakal hadir ke Steam namun setahun selepas tempoh eksklusifnya tamat.
Namun untuk pemain PC melalui Steam yang memiliki Hitman 2016 dan Hitman 2 masih boleh membawa kandungan seperti tahap dan lokasi yang dimiliki ke Hitman 3 versi Epic Games Store.
Dalam masa yang sama, Hitman 2016 bakal ditawarkan secara percuma di Epic Games Store pada 27hb Ogos nanti.
Hitman 3 bakal dilancarkan pada Januari 2021 untuk PS4 (Menyokong PS VR), PS5, PC (Epic Games Store), Xbox One, Xbox Series X dan Stadia.

