Horizon Zero Dawn Mendapat Markah Hebat Dari Pengkritik

Now Reading
Horizon Zero Dawn Mendapat Markah Hebat Dari Pengkritik

Permainan baharu dari Guerilla Games, Horizon Zero Dawn akan mula dipasarkan pada 28hb Februari secara eksklusif untuk PlayStation 4. Seperti biasa, salinan untuk reviu akan diberi kepada pengkritik / laman web terkenal untuk mencuba terlebih dahulu dan meluahkan pendapat mereka mengikut dari pengalaman mereka didalam bidang reviu ini.

Hasilnya? Permainan action-RPG ini mendapat markah yang amat positif dari pihak pengkritik yang terkenal:

GameSpot (9/10)

IGN (9.3/10)

Polygon (9.5/10)

GamesRadar+ (4.5/5)

PlayStation Lifestyle (10/10)

Mengikut dari reviu diatas, kebanyakan dari mereka menyentuh kepada faktor suasana dunia terbuka yang cantik, konsep permainan yang unik dengan misi yang menarik. Kami juga mendapati, ianya mengambil sekitar 30 jam untuk menghabiskan kesemua misi utama, berdasarkan dari reviu-reviu diatas.

Ternyata permainan ini tidak akan mengecewakan pemain mengikut dari markah mereka sebagai tanda aras. Namun tidak bagi USGamer yang memberi markah 2.5/5 atas sebab jalan cerita yang agak hambar dan watak protagonis yang kurang menarik.

Bagi kami, ianya adalah pendapat masing-masing dan dengan harapan permainan unik dengan melawan robot dinasour ini akan mendapat pelbagai kandungan baharu pada masa akan datang.

Horizon Zero Dawn masih lagi dibuka untuk pra-beli melalui laman web Lazada dengan harga dari RM218.

About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Comments
Leave a response

Komen