Humble Bundle Kini Dimiliki Oleh IGN

Now Reading
Humble Bundle Kini Dimiliki Oleh IGN

Humble Bundle, sebuah organisasi yang membawakan program “pay what you want“, dimana pembeli boleh menyumbang jumlah yang mereka mahu untuk kerja amal dan akan memiliki beberapa permainan video mengikut dari programnya dari minggu ke minggu.

Melalui kenyataan media baharu mereka, Humble Bundle kini telah diperolehi oleh IGN.

“Kami memilih IGN kerana pemahaman mereka terhadap visi kami dan minat mereka terhadap permainan video. Mereka juga percaya terhadap misi kami untuk mempromosikan kandungan digital sekaligus menaikkan jumlah koleksi derma kami.” Mengikut dari blog yang ditulis oleh Jeffrey Rosen, Pengasas Bersama Humble Bundle.

Jeffrey juga berkongsi statistik bahawa mereka pernah mengumpul dana sebanyak USD $106 juta dari 10 juta pelanggan.

“Kami akan mengekalkan budaya, pejabat dan pasukan kami dengan IGN untuk membantu kami untuk meneruskan rancangan kami.” Kata beliau lagi melalui blog Humble Bundle.

Namun, ramai yang agak kecewa dengan tindakan ini dan agak tidak setuju dengan keputusan Humble Bundle terhadap konflik yang dibawa oleh IGN melalui laman-laman web yang diperolehi oleh merek sebelum ini.

Walaubagaimanapun, kami berharap semuanya yang terbaik buat Humble Bundle untuk capai visi dan misi yang mereka inginkan.

About The Author
Hafiz J

Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.

Comments
Leave a response

Komen