fbpx

Humble Bundle Menawarkan Senarai 25 Tahun Game Sonic Serendah $1

Seperti kita tahu, Humble Bundle adalah sebuah platform yang menawarkan pelbagai game yang dijual serendah $1 (RM4) atas sebab programnya bersama organisasi tanpa keuntungan (NGO) untuk menerima derma dari orang ramai.

6cc52dd02ff275a801b07b66d04b9a2000316003

Kali ini, atas kerjasama dengan UNICEF, Child’s Play Unity, WWF dan Special Effect, Humble Bundle menawarkan game Sonic atas sambutan ulangtahunnya karakter biru itu yang ke-25.

Berikut adalah game yang ditawarkan:

Dengan membayar $1 (RM4) dan keatas, anda akan menerima:

  • Sonic the Hedgehog
  • Sonic Adventure DX
  • Sonic 3D Blast
  • Sonic CD

Kalau anda membayar lebih dari jumlah purata yang sekarang pada $9.35 (RM38) anda juga akan menerima:

 

  • Sonic the Hedgehog 4 – Episode 1
  • Sonic & SEGA All-Stars Racing
  • Sonic the Hedgehog 2
  • Sonic Adventure 2 + Battle DLC

Tambah sedikit kepada $10 (RM40) anda semestinya akan menerima senarai game Sonic dibawah dan yang dinyatakan diatas:

 

  • Sonic Lost World
  • Sonic Generations + Casino DLC
  • Sonic The Hedgehog 4 – Episode 2
  • Sonic All Stars Racing Transformed + DLC

bb852c71b2b5ae123906924e42dcfb959f8e59d0

 

- Iklan -

Pilihan terakhir adalah sebanyak $35 (RM142) anda akan menerima kesemua game diatas beserta dengan T-Shirt Sonic yang boleh dihantar ke Malaysia.

Jikalau anda meminati untuk membeli game Sonic ini, layari laman web Humble Bundle. Ianya hanya pada waktu yang terhad sahaja.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -