Nampaknya siri AMD Ryzen 4000 akan mendapat lebih mendapat tempat didalam dunia laptop. Jenama tempatan, Illegear mengumumkan bahawa laptop mereka juga bakal dikuasakan oleh Ryzen juga.
Kali ini, mereka mendedahkan dua model laptop menggunakan cip pemprosesan tersebut, iaitu Illegear Rogue dan Illegear Onyx V.
Untuk Onyx V, ianya adalah model yang bersaiz (Skrin 15.6″) dan lebih ringan pada 1.85 KG berbanding dengan Rogue. Ianya juga mempunyai kerangka aluminium anodize dengan reka bentuk yang nipis pada saiz 19mm.
Lain pula untuk Rogue dimana ianya dilengkapi dengan plastik keras dan bermaterialkan matte berwarna hitam. Saiz skrin pula adalah 17.3″ dengan keberatan 2.45kg. Ianya juga lebih tebal dari Onyx X, iaitu pada 22-25mm.
Selain dari itu, kedua-dua laptop ini membawakan skrin IPS dengan kelajuan 120Hz.
Berikut adalah sepsifikasi penuh untuk kedua-dua laptop tersebut:
Illegear Rogue (Harga dari RM3,899)
- CPU: AMD Ryzen 5 4600H, AMD Ryzen 7 4800H
- GPU: Nvidia GeForce GTX 1650, GTX 1650Ti, RTX 2060
- RAM: Sehingga 64GB DDR4
- Storan: 2x M.2 PCIe SSD + 1x 2.5” SATA
- Paparan: 15.6″ 1080p IPS 120Hz dengan INFINIVISION Narrow-bezel Technology
Illegear Onyx V (Harga dari RM3,499)
- CPU: AMD Ryzen 5 4600H, AMD Ryzen 7 4800H
- GPU: Nvidia GeForce GTX 1650, GTX 1650Ti, RTX 2060
- RAM: Sehingga 64GB DDR4
- Storan: 2x M.2 PCIe SSD
- Paparan: 17.3″ 1080p IPS 120Hz dengan INFINIVISION Narrow-bezel Technology
Untuk pembelian, anda juga boleh ubah suai mengikut citarasa anda, salah satu fungsi unik pembelian Illegear melalui laman web mereka.