fbpx

ILLEGEAR S5X Diumum – Laptop Permainan Nipis Dengan Teknologi Nvidia Max-Q

Selepas pelancaran Nvidia dengan teknologi Max-Q Design, syarikat pengeluar laptop permainan kini boleh memfokuskan kepada rekaan yang nipis namun mampu menawarkan kuasa grafik yang hebat.

Laptop seperti Asus Zephyrus, Alienware 15 dan Aorus X5 telahpun berada dipasaran dengan memanfaatkan rekaan nipis oleh teknologi Nvidia tersebut.

 ILLEGEAR juga mengambil kesempatan ini untuk memperkenalkan siri laptop baharu mereka, iaitu ILLEGEAR S5X, sebuah model baharu yang dibawa oleh syarikat tempatan ini.

Diletakkan dibawah senarai siri-S, laptop ini agak nipis dengan ukuran setebal 18.6mm dan mempunyai keberatan yang agak ringan, iaitu 1.9kg.

S5X juga bukanlah calang-calang laptop yang biasa, ianya didatangkan dengan spesifikasi yang agak tinggi seperti cip pemprosesan Intel Core i7-7700HQ, kad grafik GTX 1060 6GB atau GTX 1070 8GB (yang didatangkan dengan Max-Q Design), storan M.2 SSD dan juga kapasiti RAM sehingga 32GB.

Syarikat yang ditubuhkan di Malaysia ini amat terkenal dikalangan pemain yang inginkan laptop permainan mereka dengan tetapan yang berbeza. Maka S5X juga diberi pelbagai pilihan spesifikasi kepada pelanggan mereka melalui laman web rasmi ILLEGEAR.

S5X boleh didapati pada rangka harga dari RM6,899 sehingga RM8,597 mengikut spesifikasi.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -